Langkah-Langkah Permainan



  1. Pemain-pemain bermain secara kumpulan dan setiap kumpulan diwakili oleh tiga orang pemain. Undian bolah dijalankan secara berbisik atau cara udian lain yang dipersetujui pemain. 
  2. Dua orang pemain dalam kumpulan tersebut akan memegang tangan antara satu saman lain (tangan kiri memegang tangan kanan dan begitulah sebaliknya) untuk membuat sarang. Seorang lagi pemain akan berada dalam kepungan tangan sebagai "Burung".
  3. Beberapa orang pemain lain akan mejadi "Burung" tanpa sarang. Seorang pemain akan dipilih menjadi pengadil atau pengeluar perintah. 
  4. Apabila permainan dimulakan, "Burung" tanpa sarang perlu berlari-lari di sekeliling sarang, sebaik sahaja pengadil mengeluarkan perintah"tukar", "Burung" akan bergerak untuk mencari sarang baharu. Burung-burung yang tidak mempunyai sarang boleh memasuki sarang-sarang kosong.
  5. Setelah selesai pertukaran, akan terdapatlah "Burung" yang tidak dapat masuk ke dalam mana-mana sarang. Permainan boleh diulangi lagi beberapa kali.
  6. Pertukaran boleh dilakukan bagi memberi peluang kepada pemain yang menjadi sarang untuk menjagi "Burung" pula. Permainan boleh ditamatkan stelah mendapat persetujuan daripada semua pemain. 

No comments:

Post a Comment